Saturday, June 27, 2009


Hee-jun

HARI yang cerah bertukar menjadi mendung. “Nak hujan agaknya..” bisik hati Cha-Heejun. Dia segera keluar dari supermarket tersebut untuk pulang ke rumah.
“Saya balik mak!”teriak Heejun. “Dah balik? Macam mana hari pertama kerja kat supermarket tuh?” tanya Puan Ha. “Emm..okla.. setakat kemas-kemas barang dalam stor, susun-susun barang dekat rak..err..tu jelah kot.” “Macam tak happy je?” “Heh..” Heejun mengeluh. “Happy tu memang happy tapigaji cashier lagi tinggi la mak. Kalau kerja macam sekarang ni...berapa sangat la gaji tuh.” “Sabar je la Heejun. Kerjalah rajin-rajin. Lepastu boleh naik pangkat kan? Lagipun, mak pun noleh cari rezeki jugak...”kata Puan Ha lembut.


Heejun memegang tangan ibunya. “Mak..saya dah taknak menyusahkan mak lagi dah. Sekarang, mak dah boleh rileks. Saya yang sepatutnya bekerja keras untuk beli beras, untuk kita hidup.” . Puan Ha tersenyum. “Tidak apa Heejun. Mak dah biasa. Kalau mak duduk rumah pun, mak bosan jugak. Kalau mak bekerja, sekurang-kurangnya mak boleh exercise sikit.” Heejun mula member senyuman.


Akhrnya hujan turun. “Alamak! Kain mak sidai kat belakang tak angkat pun lagi!” Puan ha lantas bangun lalu berlari ke belakang rumah. Heejun segera mengikut ibunya itu. Mereka mengangkat kain bersama-sama lalu berlari semula untuk masuk ke dalam rumah ebelim mereka basah kuyup dan baju yang dibasuh itu kotor kerana air hujan.


“Kamu lapar tak? Mak dah masak nasi lauk kari kat dapur tu.” Kata Puan Ha. Heejun mengangguk. “Jom tolong mak senduk nasi.” . Mereka pergi ke dapur untuk makan bersama. Heejun bersama ibunya tinggal di dalam rumah yang agak buruk dan kecil tetapi mereka tidak pernah merungut malah tetap hidup bahagia.


HEEJUN keluar dari bilik persalinan setelah selesai memakai pakaian seragam. Pada pagi itu dia begitu bersemangat sekali untuk bekerja.


“Amboi Heejun. Rileks la, jangan la semangat semacam.” Kata Niri salah seorang daripada kawannya. Heejun tersenyum sambil menyusun makanan di rak. “Bukan apa.. kita ni junior , memang lambat lagi supaya kita naik pangkat.” Kata Niri lagi. “Ala... manalah tau kalau keajaipan terkena kat aku..tup,tup aku naik pangkat macam mana? Ha, ternganga kau.” Kata Heejun.


Niri duduk sebentar di atas kerusi plastik. “Setiap manusia pasti ada cita-cita kan? Sebenrnya apa cita-cita kau Heejun?” soalnya. “Aku?” Heejun berhenti menyusun barang sebentar. “Aku.. sebenarnya... tapi kau jangan ketawa kan aku pulak!” “Takkan lah!” “Ok... cita-cita aku sebenarnya nak jadi seorang usahawan yang berjaya! Tak kisahlah apa-apa pun contohnya..emm..punyai supermarket sendiri ke, hotel sendiri ke, pembekal makanan jenama aku sendiri ke... ha, itulah cita-cita aku!”


“Wah! Besar betul cita-cita kau!” Niri terpegun. “Sibuk je tanya aku.. ha kau pulak?” soal Heejun pula. “Aku... aku nak jadi cikgu je..” “Cikgu?” “Ketawa la... aku tak kisah!” “Siapa cakap aku nak ketawa?! Ok apa cita-cita kau tu. Takpe. Bila kita dah kumpul banyak duit nanti, kita sama-sama sambung belajar, lepastu capai cita-cita masing-masing!” Heejun member semangat. “Ok!” Niri ceria.


Heejun sedang mengangkat kotak yang agak berat. Dia perlu membawanya ke dalam bilik stor. Tanpa disedarinya, Datin Shim, pemilik supermarket tersebut ada di belakangnya.


“Berat ke kotak tu Heejun?” tanya beliau. Heejun terperanjat lalu menoleh kebelakang. “Erk...datin...” dia menunduk hormat. “Datin buat apa kat sini? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya Heejun.


Datin Shim tersenyum. “Saya saja je nak tengok bilik stor ni kemas ke tidak.” “Apa? Kalau macam tu, biar saya kemas sekarang. Datin tak perlu cakap. Saya rasa memang bilik storni bersepah!” Heejun bersemangat. “Baiklah kalau macam tu. Saya pergi dulu ya.” Datin Shim berlalu dari situ. Heejun mengangguk lalu menghela nafas lega.


“Bodek nampak?” tiba-tiba suara Jisuh kedengaran. Heejun memandang ke arahnya. “Kesian aku tengok kau. Asal nampak datin, pasti berlagak baik. Ha,ha,ha! Kelakar pulak.” Perli Jisuh. Dia sememangnya kurang senang debgan Heejun. “Saya Cuma lakukan apa yang patut sebagai pekerja yang setia.” Kata Heejun. “Yela.. setia la sangat. Takpe..kita tengok setakat mana kesetiaan tu nanti.” balas Jisuh lalu pergi dari situ.. heejun hanya tersenyum.


Apa kes pulak dengan si Jisuh tu?” tiba-tiba Niri pual muncul. “Entahlah. Malas aku nak layan. Yang pasti, sekarang, aku nak buat kerja. Eh, jom la tolong aku kemas stor ni kejap sementara kau muncul ni.” “Emm... yelah.”


TEPAT jam pukul 6 petang, kini pekerja shift pagi sudah boleh pulang. Heejun sudah tidak sabar untuk memeluk ibunya. Secara tiba-tiba sekotak risalah yang telah siap digulung dan sedia untuk diedarkan dihempas ke atas meja oleh Jisuh di hadapan Heejun.
“Kenapa ni?” tanya Heejun.


“Kenapa? Kau tak nampak ke risalah supermarket kita ni?”
“Nampak, habis tu?”
“Kau kan nak jadi pekerja mithali yang rajin dan setia. Oleh sebab itu, aku nak kau tolong aku edar risalah ni!” arah Jisuh.
“Hei-hei! Kenapa kau nak arah-arah Heejun pulak?!” marah Niri.
“Takpelah,takpe. Biar saya je yang hantar. Saya tak kisah. Lagipun saya kan naik basikal. Senag sikit nak edar risalah ni.” Kata Heejun mengalah.


“Ha, macam tu lah. Aku balik dulu.” Jisuh berlalu dari situ. “Ish...kalau ikut kan aku, aku nak sumbat satu risalah ni dalam mulut dia tadi! Sesedap rasa je suruh orang pulak!” marah Niri. Heejun tertawa.


“laju lagi, laju lagi, Heejun! Jangan berputus asa!” katanya seorang diri yang sedang mengayuh basikal. Risalah di dalam kotak tersebut hamper habis dilemparkan di merata tempat yang sesuai. Kini hanya tinggal satu saja lagi. “Satu lagi? Takkan aku nak buat balik kot. Buat tambah sampah nanti.” Heejun menghentikan kayuhannya lalu berfikir sejenak.


“Oh ya! Hotel besar depan supermarket aku tuh!” Heejun membuat pusingan U lalu mengayuh semula. “Hotel tu kan besar. Mesti ramai orang kaya. Kalau aku bagi risalah ni, mesti ada orang yang nak dating kat supermarket nanti!” Heejun gembira. “Dah lewat petang ni! Baik kayuh cepat-cepat! Nanti mak risau pulak.”


Heejun tiba di depan hotel tersebut lalu melemparkan risalah itu. Dia sudah tidak hirau lagi kemana risalah itu akan jatuh ke bumi kerana dia begtu tergesa-gesa untuk pulang.


“Aduh!” satu jeritan kedengaran menyebabkan Heejun terhenti. Dia mula ketakutan lalu memandang ke belakang secara perlahan. “Gulp...mati la aku!” bisik hatinya.


“Woi! Baling tu, tengok tempay lah sikit!” marah lelaki tersebut. Heejun turun dari basikalnya. “Min...minta maaf encik... sa..saya minta maaf.” Beberapa kali Heejun tunduk hormat. Lelaki ta di mengambil risalah tersebut dan tanpa disedarinya, kad pengenalan kerjanya terjatuh. Heejun juga turu tidak perasan.


“Terima kasih!” kata lelaki tersebut dengan muka yang masam lalu masuk ke dalam kereta yang di pandu oleh seorang driver. Beberapa minit kemudian dia berlalu dari situ. “Huh.......!!!”Heejun mengeluh panjang sambil menepuk dadanya. “Bodohnya aku. Bodohnya aku!!!”. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu di bawah. “Eh! Ini kad lelaki tadi!” dia membaca apa yang tertera di kad itu.


“Lee Hwang-jun, pengurus besar Hotel City...!!!” Heejun membesarkan matanya. “Alamak...pengurus besar lah pulak!! Kalau dia saman aku nanti macam mana. Ah, tak pun dia hantar 2-3 orang bodyguard untuk belasah aku. Huwaa!! Balik la lagi bagus. Lepas tu lupakan hal ni cepat-cepat!” katanya sambil menunggang basikal lalu dia mengayuh selaju-lajunya.
TELEFON di rumah Puan Ha tiba-tiba bordering. “Hello?” Puan Ha menjawab. “Mak, ni saya Mun-yong.” Seorang lelaki menjawab. “Kau? Pelik tiba-tiba kau telefon mak ni. Nak apa? Nak duit lagi?!” Puan Ha mula berasa marah. “Ya, mak. Saya perlu duit sikit.” “Sikit konon! Nanti mintak lagi! Lepas tu mintak lagi! Sudah, mak takde duit! Adik kau pun tengah buntu duit untuk universiti!” kata Puan Ha. “Ala mak...sikit je..” rayu Munyong.


“Kau nak buat apa dengan duit? Nak beli apa? Dadah, arak?”
“Ah, sudah lah kalau mak tak nak bagi!” Munyong marah lalu memutuskan talian. Puan Ha mengeluh panjang.
“Saya dah balik!” Heejun menutup pintu.
“Lambat kau balik hari ni kenapa?”
“Saya ada kerja tambahan sikit tadi mak. Lepas tu...ada...ada masalah sikit.” jawab Heejun.
“Masalah?!”
“Ala...masalah kecik je. Mak tak payah nak risau. Oh ya! Tadi mak marah kat sapa? Ada sesapa telefon ke?”
Puan Ha terdiam dengan soalan Heejun itu. “Abang kamu telefon tadi!” jawabnya. “Abang? Dia nak apa? Nak duit lagi?” tanya Heejun. Puan Ha sebak. “Kenapa...kenapa mak melairakan anak macam dia. Dia tu anak tak guna!” Puan Ha duduk bersila. “Mak...jaganlah macam ni...bawabersabar ya mak.” Pujuk Heejun.
“Heejun. Boleh tak kamu janji dengan mak satu perkara?”
“Boleh. Tapi janji apa?”
“Kamu janji, walau apa pun yang terjadi. Apa pun; kamu tidak akan tinggalkan mak. Apa pun, ye?” Puan Ha menitiskan air mata. “Baiklah mak.” Heejun memegang tangan ibunya sambil tersenyum.

BERSAMBUNG...
Produksi: SI corporation SDN.BHD
SEBARANG CETAKAN SEMULA ADALAH DIBENARKAN.
Srong Heart (강한 심장을) a.k.a Hee-jun (이승엽 희 준)