Tuesday, August 11, 2009
Strong Heart ep 6
Hee-jun
Puan Ha terduduk. “Mak..,” Heejun memegang ibunya itu. “Mak taka pa-apa ke?” tanya Heejun. “Mak ok, mak ok. Kamu tak perlu risau.” Jawab Puan Ha. “Betul ni mak?” Heejun inginkan kepastian. Puan Ha segera bangun.
“Heejun, tolong mak kemas-kemas semua. Mari kita balik.” Kata Puan Ha.
“Mak? Tapi?”
“Sudah, jangan banyak tanya! Kemas-kemas semua. Mari kita pulang!” arah Puan Ha sambil mengemas barang dengan laju dan kasar. Heejun tidak tahu harus berbuat apa. “Baiklah.” Katanya . dia segera menolong ibunya. Sesekali, Heejun memandang ibunya dengan pandangan sayu. Dia berasa risau dengan ibunya itu.
Akhirnya mereka berdua tiba dirumah. Puan Ha langsung tidak berkata apa-apa. Dia asyik mendiamkan diri. “Mak..” Heejun cuba menyapa. Puan Ha tidak masuk ke dalam rumah sebaliknya duduk di atas tangga di depan. Heejun segera duduk disebelanya.
“Mereka ingat aku akan berputus asa? Mak takkan! Mak akan terus berniaga di situ walau apa pun yang terjadi!” Puan Ha tiba-iba bersuara. “Mak, mak jangan risau. Heejun akan berusaha dapatkan duit 100,000 tu. Mak jangan risau ye.”
“Kamu ingat senang ke? 100,000 Heejun! Sudah! Tak payah bayar. Hirau kan je diorang!” kata Puan Ha. “Tapi mak, macam mana kalau diorang ambil tindakan nanti?”
“Mak tak takut! Dah bertahun mak berniga kat situ! Gerai tu, arwah ayah kamu yang bina dengan tangan sendiri. Takde orang pun yang datang minta duit! Mengarut je diorang tu!”
Heejun terdiam. Puan Ha masuk ke dalam rumah. Kini, Heejun betul-betul di dalam kebuntuan. Masalah wang semakin menjadi-jadi. “Macam mana ni? Mana aku nak cari duit...kesian mak.” Bisik hatinya. “Ah! Kuat, Heejun, kuat! Tabahkan hati! Tabah!” bisiknya lagi.
Tidak lama kemudian, Niri muncul. “Heejun!” panggilnya dari depan pagar. Heejun terperanjat. “Eh? Niri!” Heejun berlari kearah Niri. “Nasib baik kau ada kat rumah. Aku nak bagi berita baik ni!” kata Niri. “Berita baik? Apa dia?” soal Heejun.
“Heejun, Datin Shim nak jumpa kau esok. Dia nak ambil kau bekerja semula kat supermarket tuh!” kata Niri. “Apa?! Biar betul?” Heejun terlompat gembira bersama Niri. “Biar betul, Niri?!”
“Betul! Kau ni, tak percaya pulak!” balas Niri.
“Syukurlah!” kata Heejun gembira.
“Tapikan Heejun, kenapa kau rela berhenti dulu? Sebab lelaki gila tu ke?” tanya Niri.
“Ya.”
“Apa?!”
“Dengar la dulu! Niri, kau la sahabat baik aku sampai bila-bila jadi aku harap kau jangan bagi tau sapa-sapa hal ni!” kata Heejun.
“Ok.”
“Lelaki tu sebenarnya...sebenarnya...dia abang aku.”
“La...tapi...kenapa...”
“Ya, aku faham. Nak buat macam mana. Nasib hidup dia macam tu.” Kata Heejun. “Heejun, aku minta maaf la sebab panggil abang lau lelaki gila. Masalahnya aku tak tau pun!” kata Niri. “Takpelah! Lupakanje halt u! Yang penting sekarang ni, aku dah dapat kerja balik!” Heejun kembali gembira begitu juga Niri.
Setelah Niri pulang, Heejun berlari masuk ke dalam rumah, memeluk ibunya. “Kenapa ni Heejun?” tanya Puan Ha. “Mak jangan risau mak, saya akan tolong mak walau apa jua sekali pun! Sya berjanji!” kata Heejun. Puan Ha masih lagi kehairanan tapi dia tetap memberikan senyuman untuk emnyenagkan hati anaknya itu.
“Ergh...nak beli baju apa nih...aku bingung betul la...dah nak waktu makan malam dah ni!” kata Nihyung. Dia melihat jam tangannya. “Pukul 7.30! aduh... matilah aku kalau tak sempat!” katanya lagi. Sebenarnya dia kini berada di depan sebuah butik. Dia hanya melihat dari luar kerana masih bingung. Dia tidak pernah ada temu janji bersama bos sambil makan malam.
Tiba-tiba, dompet yang dipegang terjatuh. Sewakti Nihyung hendak mengambil, dia terlanggar Heejun. “Ah, maafkan saya!” kata Nihyung. “Tidak, salah saya.” Kata Heejun lalu mengambil dompet tersebut dan memberikannya kepada Nihyung sambil memberikan senyuman mesra.
“Err...saya pergi dulu,ya.” Kata Heejun. Dia sebenarnya sedang memegang sejambak bunga besar. “Baiklah.” Kata Nihyung, tersenyum. “Ok, Nihyung, focus! Baju apa nak beli ni, baju apa nak beli ni! Baju apa!” Nihyung tiba-tiba terjerit. Heejun menoleh ke belakang secara perlahan menyebabkan Nihyung bersa malu lalu menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya.
Heejun segera pergi kearahnya. “Awak macam ada masalah je. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanyanya. “Err...err...emm..”
“Takpelah, tak perlu segan dengan saya. Cakap la. apa masalah awak?” kata Heejun lembut. “Saya...saya...nak beli baju untuk makan malam. Tapi saya tak tahu nak beli yang macam mana. Saya takut tak sesuai.” Jelas Nihyung.
Heejun memandng kearah butik tersebut. “Awak pilih butik ni?” tanyanya. “Banyak orang kata butik ni bagus. Semua jenis pakaian ada.” Jawab Nihyung. “Ok, kalau macam tu, biar saya bantu awak.. jom masuk sama-sama?”
“Err..okay. Terima kasih, ya!” kata Nihyung. Heejun tersenyum lalu mereka masuk bersama ke dalam butik tersebut. Selama libih kurang satu jam, banyak juga baju yang telah di cuba. Merea juga semakin mesra antara satu sama lain. Akhirnya Nihyung Berjaya memilih sehelai baju yang sesuai. Heejun turut senang debagn pakaian tersebut. Setelah membayar, Nihyung terus memakai baju tersebut, lalu mereka berdua keluar dari situ.
“Ah, saya dah lambat la...” rintih Nihyung.
“Rambut awak? Dah puas hati dah?” tanya Heejun
“Sudah, jangan risau. Terima kasih banyak ya, Heejun sebab awak dah bantu saya hari ni.” Kata Nihyung. “Sama-sama.” Jawab Heejun. “Saya pergi dulu ya, Heejun. Saya dah lambat ni. Pergi, ya!” kata Nihyung lalu berlari menaiki sebuah teksi setelah Berjaya ditahannnya. Heejun hanya melambai sambil tersenyum.
Dia melihat sejambak bunga ros yang di belinya tadi. Kelihatan masih segar kerana cuaca yang sejuk. Beberapa minit kemudian, sebuah bas berhenti di hadapannya. Tanpa membuang masa, Heejun terus menaiki bas tersebut untuk pulang ke rumah.
JAM menunjukkan tepat pukul 9.00 malam. Hwangjun masih setia meniggu di depan hotel. Sesekali dia melihat jam tangannya sambil mengeluh. Tiba-tiba sebuah teksi muncul dan kelihata Nihyung keluar dari teksi tersebut. Setelah Nihyung ternampak Hwangjun, dia segera belari kearahnya.
“Huh...saya terlambat ke, pengurus Lee?” tanya Nihyung termengah-mengah. “Tak, awak ampai tepat pada waktunya. Orang tu pun tak sampai lagi.” Kata Hwangjun. Nihyung mengeluh panjang.
“Ha, tu pun dia sampai.” Kata Hwangjun. “Huh?” Nihyung segera memandang kea rah yang sama Hwangjun memandang. Seorang lelaki berumur 40-an turun dari sebuah kereta BMW. Nihyung berasa kagum.
“Apa khabar, tuan.” Hwangjun berjabat tangan dengan orang tersebut. Nihyung hanya memberikan senyuman sambil menunduk hormat. “Selamat berkenalan.” Katanya. Orang itu membalas senyumannya. “Cuaca semakin sejuk. Marilah kita masuk ke restoran di dalam. Boleh bincang terus, tuan.” Kata Hwangjun. “Baiklah.” Kata lelaki itu. Seperti Nihyung, lelaki itu juga ditemani oelh seorang pembantu perempuan. Akhirnya, mereka masuk bersama ke dalam hotel tersebut.
MUNYONG kini sedang sibuk berjudi di sebuah kelab malam bersama tiga orang rakannya. Kedaan dirinya yang mabuk menyebabkan lawannya mengambil kesempatan untuk bermain tipu. “Cepat lah!” kata Munyong. Lantas kesemua lawannya meletakkan kad mereka diatas meja sambil tertawa besar. Munyong begitu terperanjat sekali. Apabila melihat kad-kad tersebut.
“Apa?!”katanya.
“Kalau dah kalah tu, kalah la!”
“Betul tu! Apa lagi, bayarlah!” desak lawan-lawan Munyung.
Munyong bangun secara perlahan. “Aku...aku...” tanpa membuang masa, dia terus berlari dari situ selaju-lajunya. “Woi! Woi!” jerit mereka lalu mengejar Munyong selaju yang boleh. Malangnya, Munyong tidak dapat ditemui. Mereka bertiga berasa marah sekali.
“Tak guna! Ini bukan sekali dia lari lepas kalah!” marah salah seorang daripada mereka. “Entah! Kalau korang nah tahu, dah banyak dia berhutang dengan aku! Ish! Geram betul! Siap kau Munyong kalau aku dapat!”
“Takpe,takpe. Kita pulang dulu. Lagipun, aku tahu kat mana Munyong selalu melepak.” Bisik seorang daripada mereka. Ketiga-tiga mereka tersenyum, lalu pergi dari situ.
BERSAMBUNG...
Produksi: SI corporation SDN.BHD
SEBARANG CETAKAN SEMULA ADALAH DIBENARKAN.
Srong Heart (강한 심장을) a.k.a Hee-jun (이승엽 희 준)
Strong Heart ep 5
Hee-jun
JAM sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Hwangjun telah pun tidur lena tetapi tidak Puan Shim. Entah kenapa dia tidak dapat tidur pada malam itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengambil sebuah album lama di dalam sebuah cabinet kecil
Puan Shim duduk diatas katil dan membuka album tersebut secara perlahan. Ada gambar yang membuatkan dia tersenyum dan ada juga yang menyentuh hatinya, tiba-tiba dia terlihat foto kecil ibu mertuanya dahulu.
FLASHBACK
“Saya takut lah bang.” Kata Shim Di-suh.
“La...jangan risau. Mak pasti akan restui kita.” Jawab Lee Pak-gun.
****
“Tidak! Aku takkan restui kamu berdua! Pakgun, aku dah sediakan jodoh yang sesuai untuk kau, kaya lagi. Bukan macam perempuan kau bawa ni! Miskin!”
****
“Mak, marilah tengok cucu mak. Cucu perempuan mak” pujuk Pakgun. “Kalau mak dia aku dah benci, anak dia, lagi lah! Dia bukan cucu aku! Aku nak balik!” marah ibunya.
“Ish, bisinglah budak tu! Asyik menangis je! Sakit telinga aku!” marah ibu Pakgun. “Hei Disuh! Kalau kau tak pandai jaga anak, buang je lah!” sambungnya. “Sampai hati mak. Dia ni kan cucu mak” kata Disuh, menangis. “Hah! Nak muntah aku!” balas mertuanya.
“Kalau suami kau ada, boleh lah kau nak manja-manja dengan anak kau. Tapi depan aku, jangan harap!”
“Mak...”
“Jangan panggil aku mak kau! Bila masa aku lahirkan kau! Kau kahwin dengan anak aku, sebab aku kesian je tahu tak?!”
END FLASHBACK
Tuk,tuk,tuk! Pintu bilik Puan Shim diketuk sehingga beliau terjaga dari tidurnya. “Eh, dah pagi?” bisik hatinya. “Mak mari kita sarapan sama-sama mak!” panggil Hwangjun di depan pintu bilik ibunya. “Yalah,yalah! Mak nak mandi dulu. Kamu pergilah dulu kat meja makan. Nanti mak datang.” Kata Puan Shim. Hwangjun tersenyum.
“Heejun, bangun nak, dah pagi dah ni.” Kejut Puan Ha sambil menarik langsir untuk menerangkan bilik tersebut. Heejun bangun sambil menggeliat. “Selamat pagi mak” katanya. “Kenapa tak bangun lagi ni? Cepat bangun nanti terlewt pulak nak pergi kerja. Selalunya kamu tak pernah lewat macam ni.” Kata Puan Ha kehairanan.
Heejun terpaku. “Err...err...saya..sa..saya..saya ambil cuti hari ni mak. Ya,saya nak jaga mak hari ni.” Katanya tergagap-gagap. “Apalah kamu ni. Kan mak dah cakap, mak tahu jaga diri mak. Kamu tak perlu risau. Sudah! Pergi mandi cepat. Pergi kerja. Mak pun dah nak pergi pasar ni, nak jual baju yang mak dah siap jahit tu. Lepas tu mak nak buka gerai lagi.” Kata Puan Ha.
Heejun berasa takut dan serba salah. Jika dia memberitahu bahawa dia telah berhenti kerja, pasti ibunya akan pengsan kerana kondisi ibunya yang agak lemah sejak akhir-akhir ini.
“Emm...takpelah mak. Heejun dah ambik cuti dah pun dah diluluskan lagi. Err...apa kata, saya tolong mak di gerai hari ni?” pinya Heejun secara lembut. Puan Ha segera memandang ke arah Heejun. “Hmmh...suak hati kamulah kalau dah macam tu. Ha, cepatlah mandi.” Arah Puan Ha. “Baik mak!” kata Heejun gembira sambil memeluk ibunya lalu berlari masuk ke dalam bilik air. Puan Ha hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
Heejun bersama ibunya itu membuka gerai kecil mereka bersama-sama di tengah-tengah kawasanp pasar tersebut. Gerai mereka hanya menjual mee segera bersama air teh dan hanya untuk empat orang sahaja tempat makan yang disediakan.
Ramai orang yang mengunjungi pasar tersebut singgah di gerai mereka untuk membungkus kerana malas untuk membuat sarapan dan ada juga yang duduk makan disitu jika ada tempat kosong.
Sambil sibuk membantu ibunya, Heejun berfikir sejenak di dalam hati betapa kuatnya semangat ibunya yang sanggup berusaha pelbagai cara untuk mencari duit tanpa mengenal erti penat dan lelah. Tiba-tiba dia teringat akan Munyong. Dia berfikir kalau lah Munyong meliahat apa yang Puan Ha sedang lakukan sekarang pasti dia akan insaf. Walaubagaimanapun, Heejun sedar, itu hanyalah khayalan.
“Tepilah perempuan tak guna!” kata-kata Munyong terngiang-ngiang di telinga Heejun. Dia juga teringat apabila Munyong menolak ibunya.
“Heejun, kenapa ni? Kenapa mata kamu berair?” tanya Puan Ha keharanan apabila melihat Heejun hanya tercegat sambil termenung, memegang mangkuk. “Ah, takde apa-apa lah mak. Mata Heejun masuk habuk tadi.” Heejun menafikan perasaan hibanya. Dia segera mengesat air matanya takut menitis. Puan Ha hanya mengeluh.
PUAN SHIM termenung sendirian di dalam pejabatnya. Tiba-tiba, Niri masuk. “Datin panggil saya?” tanyanya. “Ah, Niri sila duduk. Ada perkara yang saya perlu minta tolong dengan awak.” Kata Puan Shim. Niri segera duduk
“Begini, saya nak... awak tolong pergi kerumah Heejun dan kata pada dia, saya nak jumpa dengan dia.” Kata Puan Shim lagi.
“Tapi...ah, maaflah kalau saya menanya. Kenapa...err... datin nak jumpa dia?”
Puan Shim tersenyum. “Terima kasih puan, eh salah, datin! Datin memang baik hati!” kata Niri gembira. “La...saya tak cakap apa-apa pun lagi, awak dah gembira dah?”
“Jangan risau datin, balik ni jugak, saya akan berjumpa dengan Heejun!” kata Niri.
“Terima kasih ya, Niri.”
“Sama-sama, datin. Saya keluar dulu ya.”
Puan Shim mengangguk lalu Niri keluar dari situ. Tiba-tiba seorang lelaki yang tinggi dan bersut hitam pula masuk. “Apa khabar, datin?” kata lelaki tersebut. “Khabar baik. Duduklah.” Kata Puan Shim. Lelaki tersebut segera duduk. “Macam mana Black? Dah jumpa dah dia?” tanya beliau.
“Belum lagi. Tapi saya yakn yang dia sekaramg ni berada di Seoul juga.”jawab Black. Puan Shim terperanjat. “Seoul?! Maknanya, dia berada dekat dengan kita sekarang ni.” Kata beliau. “Ya, datin.” kata Black. “Err...Black, ada apa-apa maklumat lagi yang awak tahu? Dah 20 tahun awak menyiasat takkan ni je?” tanya Puan Shim.
“Ada lagi datin.” Jawab Black.
“Ah, apa dia?”
“Saya dah dapat tahu alamat tempat tinggal dia. Tapi...saya kurang pasti. Maafkan saya.” Kata Black. “Takpe Black, bagi saya alamat tu. Tolong.” Desak Puan Shim. “Baik, datin.” Balck segera mengambil sehelai kertas kecil bewarna jingga dari beg bimbitnya. Puan Shim mengambil mengambil kertas tersebut setelah dihulurkan. Dadanya terasa sebak.
“Anakku...mak dah jumpa kamu...”kata Puan Shim. “Tapi, saya belim pasti 100% lagi datin. Ini baru 70%.” Terang Black.
“Takpe. Saya ingin mencuba. Dah terlampau lama saya menunggu. Saya nak berjumpa dengan anak saya. Saya rindukan dia. Terima kasih Black. Terima kasih banyak-banyak.”
“Sama-sama, datin. Semoga datin Berjaya.” Jawab Black. Puan Shim tersenyum melihat alamat tersebut.
“Pengurus Lee, malam ni, tuan ada makan malam dengan share holder kita dari Malaysia.”kata Han Ni-Hyung setiausaha peribadi Hwangjun. “Oh, terima kasih ya, Nihyung. Saya hamper terlupa tadi.”kata Hwangjun sambil memberikan senyuman. “Emm..kalau dah takde apa-apa lagi, saya keluar dulu.”kata Nihyung.
“Err...Nihyung, awak free tak malam ni?” tanya Hwangjun.
“Saya, tuan?”
“Ya, awak. Siapa lagi Nihyung dalam office ni?” Hwnagjun tertawa.
“Maafkan saya. Ya, saya free malam ni tuan.” Kata Nihyung menunduk hormat.
“Hmm..kalau macam tu, boleh tak awak temankan saya untuk makan malam nanti?”
“Saya?!”
“Ya.”
“Err...boleh tuan.” Jawab Nihyung bergigil. Hwangjun tersenyum. “Ok lah kalau macam tu. Terima kasih.” Katanya. “Saya keluar dulu, tuan” kata Nihyung lalu dia keluar dari bilik Hwangjun dan kembali ke tempat duduknya. Dia mengeluh panjang. “Teman dia? Alamak...apa aku nak pakai malam ni!” katanya seorang diri. “Ha! Balik ni, aku kena shopping terus. Aku tak boleh kecewakan pengerusi. Berusaha!”
HEEJUN duduk seketika sambil mengelap peluhnya di dahi. “Penatnya...macam mana mak boleh bertahan ek?”
“Mak dah biasa. Sebab tu lah.” Jawab Puan Ha terenyum. Tiba-tiba muncul tiga orang lelaki bersut hitam di gerai mereka. Heejun dan Puan Ha terperanjat. “Ya, boleh saya bantu?”tanya Heejun secara lembut.
“Kami bertiga datang untuk memberi amaran!”
“Amaran?” Puan Ha kehairanan. “Amaran apa, encik?” tanya Hejun pula.
“Begini, kamu berdua sebenarnya tidak boleh berniaga di kawasan ini jika tidak membayarkepada pejabat tanah kerajaan,” kata salah seorang daripadanya. “Oleh itu, jika kamu berdua tidak membayar dalam masa sebulan, kamu berdua di larang sama sekali berniaga di sini!”
“Apa?!”kata Puan Ha. “Berapa yang kami perlu bayar?” tanya Heejun. “Lebih kurang 100,000 Won.”
“100,000 Won?! Tuan, manalah kami mampu...”rintih Puan Ha.
“Maaf. Itu bukan urusan kami. Ini kad saya kalau ada apa-apa hal, hubungi saya.”
Heejun mengambil kad tersebut lalu ketiga-tiga lelaki tersebut berlalu dari situ. Puan Ha terduduk. “Mak..,” Heejun memegang ibunya itu. “Mak taka pa-apa ke?” tanya Heejun. “Mak ok, mak ok. Kamu tak perlu risau.” Jawab Puan Ha. “Betul ni mak?” Heejun inginkan kepastian. Puan Ha segera bangun.
“Heejun, tolong mak kemas-kemas semua. Mari kita balik.” Kata Puan Ha.
“Mak? Tapi?”
“Sudah, jangan banyak tanya! Kemas-kemas semua. Mari kita pulang!” arah Puan Ha sambil mengemas barang dengan laju dan kasar. Heejun tidak tahu harus berbuat apa. “Baiklah.” Katanya . dia segera menolong ibunya. Sesekali, Heejun memandang ibunya dengan pandangan sayu. Dia berasa risau dengan ibunya itu.
BERSAMBUNG...
Produksi: SI corporation SDN.BHD
SEBARANG CETAKAN SEMULA ADALAH DIBENARKAN.
Srong Heart (강한 심장을) a.k.a Hee-jun (이승엽 희 준)
Subscribe to:
Posts (Atom)