Tuesday, August 11, 2009

Strong Heart ep 6


Hee-jun

Puan Ha terduduk. “Mak..,” Heejun memegang ibunya itu. “Mak taka pa-apa ke?” tanya Heejun. “Mak ok, mak ok. Kamu tak perlu risau.” Jawab Puan Ha. “Betul ni mak?” Heejun inginkan kepastian. Puan Ha segera bangun.
“Heejun, tolong mak kemas-kemas semua. Mari kita balik.” Kata Puan Ha.
“Mak? Tapi?”
“Sudah, jangan banyak tanya! Kemas-kemas semua. Mari kita pulang!” arah Puan Ha sambil mengemas barang dengan laju dan kasar. Heejun tidak tahu harus berbuat apa. “Baiklah.” Katanya . dia segera menolong ibunya. Sesekali, Heejun memandang ibunya dengan pandangan sayu. Dia berasa risau dengan ibunya itu.
Akhirnya mereka berdua tiba dirumah. Puan Ha langsung tidak berkata apa-apa. Dia asyik mendiamkan diri. “Mak..” Heejun cuba menyapa. Puan Ha tidak masuk ke dalam rumah sebaliknya duduk di atas tangga di depan. Heejun segera duduk disebelanya.
“Mereka ingat aku akan berputus asa? Mak takkan! Mak akan terus berniaga di situ walau apa pun yang terjadi!” Puan Ha tiba-iba bersuara. “Mak, mak jangan risau. Heejun akan berusaha dapatkan duit 100,000 tu. Mak jangan risau ye.”
“Kamu ingat senang ke? 100,000 Heejun! Sudah! Tak payah bayar. Hirau kan je diorang!” kata Puan Ha. “Tapi mak, macam mana kalau diorang ambil tindakan nanti?”
“Mak tak takut! Dah bertahun mak berniga kat situ! Gerai tu, arwah ayah kamu yang bina dengan tangan sendiri. Takde orang pun yang datang minta duit! Mengarut je diorang tu!”

Heejun terdiam. Puan Ha masuk ke dalam rumah. Kini, Heejun betul-betul di dalam kebuntuan. Masalah wang semakin menjadi-jadi. “Macam mana ni? Mana aku nak cari duit...kesian mak.” Bisik hatinya. “Ah! Kuat, Heejun, kuat! Tabahkan hati! Tabah!” bisiknya lagi.
Tidak lama kemudian, Niri muncul. “Heejun!” panggilnya dari depan pagar. Heejun terperanjat. “Eh? Niri!” Heejun berlari kearah Niri. “Nasib baik kau ada kat rumah. Aku nak bagi berita baik ni!” kata Niri. “Berita baik? Apa dia?” soal Heejun.
“Heejun, Datin Shim nak jumpa kau esok. Dia nak ambil kau bekerja semula kat supermarket tuh!” kata Niri. “Apa?! Biar betul?” Heejun terlompat gembira bersama Niri. “Biar betul, Niri?!”
“Betul! Kau ni, tak percaya pulak!” balas Niri.
“Syukurlah!” kata Heejun gembira.
“Tapikan Heejun, kenapa kau rela berhenti dulu? Sebab lelaki gila tu ke?” tanya Niri.
“Ya.”
“Apa?!”
“Dengar la dulu! Niri, kau la sahabat baik aku sampai bila-bila jadi aku harap kau jangan bagi tau sapa-sapa hal ni!” kata Heejun.
“Ok.”
“Lelaki tu sebenarnya...sebenarnya...dia abang aku.”
“La...tapi...kenapa...”
“Ya, aku faham. Nak buat macam mana. Nasib hidup dia macam tu.” Kata Heejun. “Heejun, aku minta maaf la sebab panggil abang lau lelaki gila. Masalahnya aku tak tau pun!” kata Niri. “Takpelah! Lupakanje halt u! Yang penting sekarang ni, aku dah dapat kerja balik!” Heejun kembali gembira begitu juga Niri.
Setelah Niri pulang, Heejun berlari masuk ke dalam rumah, memeluk ibunya. “Kenapa ni Heejun?” tanya Puan Ha. “Mak jangan risau mak, saya akan tolong mak walau apa jua sekali pun! Sya berjanji!” kata Heejun. Puan Ha masih lagi kehairanan tapi dia tetap memberikan senyuman untuk emnyenagkan hati anaknya itu.

“Ergh...nak beli baju apa nih...aku bingung betul la...dah nak waktu makan malam dah ni!” kata Nihyung. Dia melihat jam tangannya. “Pukul 7.30! aduh... matilah aku kalau tak sempat!” katanya lagi. Sebenarnya dia kini berada di depan sebuah butik. Dia hanya melihat dari luar kerana masih bingung. Dia tidak pernah ada temu janji bersama bos sambil makan malam.
Tiba-tiba, dompet yang dipegang terjatuh. Sewakti Nihyung hendak mengambil, dia terlanggar Heejun. “Ah, maafkan saya!” kata Nihyung. “Tidak, salah saya.” Kata Heejun lalu mengambil dompet tersebut dan memberikannya kepada Nihyung sambil memberikan senyuman mesra.
“Err...saya pergi dulu,ya.” Kata Heejun. Dia sebenarnya sedang memegang sejambak bunga besar. “Baiklah.” Kata Nihyung, tersenyum. “Ok, Nihyung, focus! Baju apa nak beli ni, baju apa nak beli ni! Baju apa!” Nihyung tiba-tiba terjerit. Heejun menoleh ke belakang secara perlahan menyebabkan Nihyung bersa malu lalu menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya.
Heejun segera pergi kearahnya. “Awak macam ada masalah je. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanyanya. “Err...err...emm..”
“Takpelah, tak perlu segan dengan saya. Cakap la. apa masalah awak?” kata Heejun lembut. “Saya...saya...nak beli baju untuk makan malam. Tapi saya tak tahu nak beli yang macam mana. Saya takut tak sesuai.” Jelas Nihyung.
Heejun memandng kearah butik tersebut. “Awak pilih butik ni?” tanyanya. “Banyak orang kata butik ni bagus. Semua jenis pakaian ada.” Jawab Nihyung. “Ok, kalau macam tu, biar saya bantu awak.. jom masuk sama-sama?”
“Err..okay. Terima kasih, ya!” kata Nihyung. Heejun tersenyum lalu mereka masuk bersama ke dalam butik tersebut. Selama libih kurang satu jam, banyak juga baju yang telah di cuba. Merea juga semakin mesra antara satu sama lain. Akhirnya Nihyung Berjaya memilih sehelai baju yang sesuai. Heejun turut senang debagn pakaian tersebut. Setelah membayar, Nihyung terus memakai baju tersebut, lalu mereka berdua keluar dari situ.
“Ah, saya dah lambat la...” rintih Nihyung.
“Rambut awak? Dah puas hati dah?” tanya Heejun
“Sudah, jangan risau. Terima kasih banyak ya, Heejun sebab awak dah bantu saya hari ni.” Kata Nihyung. “Sama-sama.” Jawab Heejun. “Saya pergi dulu ya, Heejun. Saya dah lambat ni. Pergi, ya!” kata Nihyung lalu berlari menaiki sebuah teksi setelah Berjaya ditahannnya. Heejun hanya melambai sambil tersenyum.
Dia melihat sejambak bunga ros yang di belinya tadi. Kelihatan masih segar kerana cuaca yang sejuk. Beberapa minit kemudian, sebuah bas berhenti di hadapannya. Tanpa membuang masa, Heejun terus menaiki bas tersebut untuk pulang ke rumah.

JAM menunjukkan tepat pukul 9.00 malam. Hwangjun masih setia meniggu di depan hotel. Sesekali dia melihat jam tangannya sambil mengeluh. Tiba-tiba sebuah teksi muncul dan kelihata Nihyung keluar dari teksi tersebut. Setelah Nihyung ternampak Hwangjun, dia segera belari kearahnya.
“Huh...saya terlambat ke, pengurus Lee?” tanya Nihyung termengah-mengah. “Tak, awak ampai tepat pada waktunya. Orang tu pun tak sampai lagi.” Kata Hwangjun. Nihyung mengeluh panjang.
“Ha, tu pun dia sampai.” Kata Hwangjun. “Huh?” Nihyung segera memandang kea rah yang sama Hwangjun memandang. Seorang lelaki berumur 40-an turun dari sebuah kereta BMW. Nihyung berasa kagum.
“Apa khabar, tuan.” Hwangjun berjabat tangan dengan orang tersebut. Nihyung hanya memberikan senyuman sambil menunduk hormat. “Selamat berkenalan.” Katanya. Orang itu membalas senyumannya. “Cuaca semakin sejuk. Marilah kita masuk ke restoran di dalam. Boleh bincang terus, tuan.” Kata Hwangjun. “Baiklah.” Kata lelaki itu. Seperti Nihyung, lelaki itu juga ditemani oelh seorang pembantu perempuan. Akhirnya, mereka masuk bersama ke dalam hotel tersebut.

MUNYONG kini sedang sibuk berjudi di sebuah kelab malam bersama tiga orang rakannya. Kedaan dirinya yang mabuk menyebabkan lawannya mengambil kesempatan untuk bermain tipu. “Cepat lah!” kata Munyong. Lantas kesemua lawannya meletakkan kad mereka diatas meja sambil tertawa besar. Munyong begitu terperanjat sekali. Apabila melihat kad-kad tersebut.
“Apa?!”katanya.
“Kalau dah kalah tu, kalah la!”
“Betul tu! Apa lagi, bayarlah!” desak lawan-lawan Munyung.
Munyong bangun secara perlahan. “Aku...aku...” tanpa membuang masa, dia terus berlari dari situ selaju-lajunya. “Woi! Woi!” jerit mereka lalu mengejar Munyong selaju yang boleh. Malangnya, Munyong tidak dapat ditemui. Mereka bertiga berasa marah sekali.
“Tak guna! Ini bukan sekali dia lari lepas kalah!” marah salah seorang daripada mereka. “Entah! Kalau korang nah tahu, dah banyak dia berhutang dengan aku! Ish! Geram betul! Siap kau Munyong kalau aku dapat!”
“Takpe,takpe. Kita pulang dulu. Lagipun, aku tahu kat mana Munyong selalu melepak.” Bisik seorang daripada mereka. Ketiga-tiga mereka tersenyum, lalu pergi dari situ.

BERSAMBUNG...

Produksi: SI corporation SDN.BHD
SEBARANG CETAKAN SEMULA ADALAH DIBENARKAN.
Srong Heart (강한 심장을) a.k.a Hee-jun (이승엽 희 준)

No comments:

Post a Comment