Friday, July 3, 2009

Strong Heart ep 3


Hee-jun

Heejun memandang lalu memegang tangan ibunya. “Tidak apa lah doctor. Kami balik dulu. Terima kasih ye.” kata Puan Ha. “Nanti dulu. Puan kena ambil ubat di kaunter hadapan.” Kata doctor tersebut.
“Ubat?”
“Maaf doctor, saya tiada wang lagipun, ubat-ubat tu pastinya mahal!” kata Heejun.
“Tidak boleh macam tu cik. Puan Ha harus diberi ubat sementara penyakitnya tidak serius.”
“Tapi kami tiada wang, doctor” kata Puan Ha.
“Err.. macam nil ah. Untuk pertama kali, saya bagi ubat-ubat tu percuma ya?” kata doctor tersebut. “Percuma? Biar betul doctor?” tanya Heejun.
“Ya, saya ikhlas. Tapi ingat, untuk kali ini sahaja.”
“Terima kasih ya doctor!” Heejun gembira.
“Ya, doctor. Terima kasih ya!” kata Puan Ha pula. Doctor tersebut hanya mengangguk sambil memberikan senyuman.

LEBIH kurang pukul 2.00 petang, Heejun kembali semula ke Supermarket tersebut. Semua pekerja disitu memandangnya membuatkan Heejun tidak berasa senang.
“Heejun! Mari sini kejap. Ada benda aku nak cerita ni!” panggil Niri.
“Ada apa?”
“Macam ni, masa kau keluar tadi, Jisuh ada pergi mengadu dekat Datin Shim tentang apa yang berlaku.”
“Maksud kau, orang yang menjerit panggil nama aku tu? Hal tu ke?” Heejun ketakutan nir mengangguk. Heejun terduduk dia atas kotak. “Habislah macam ni...kenapa Jisuh selalu tak senang dengan aku?!” rintihnya. Tiba-tiba Puan Shim muncul niri dan Heejun terperanjat.
“Heejun,tolong masuk ke pekjabat saya.” kata beliau. “B...baik datin.” balas Heejun. Sebaik sahaja Puan Shim pergi dari situ, Heehun dan Niri berpandangan antara satu sama lain.

TUK, tuk, tuk! Pintu pejabat Puan Shim diketuk. “Masuk Heejun!” arah beliau.. heejun masuk secara perlahan. “Duduk.” arah Puan Shim lagi. “Ada apa datin?” soal Heejun. “Saya dah tahu semuanya apa yang terjadi semasa saya keluar jumpa anak saya. Siapa lelaki tu?”
“Erk...” Heejun tersentak. “Lelaki tu..dia...” Heejun berasa takut untuk memberitahu hal yang sebenar. “Lelaki tu...dia...” Heejun.
“Heejun, awak tentu tahu kan bagaimana reputasi supermarket kita jika ramai orang dapat tahu ada seorang lelaki gila dating menyerang.” Kata-kata Puan Shim itu menyebabkan hati Heejun terguris. “Mereka pasti akan takut untuk datang ke sini sebab takut di serang. Siapa tahu kan?” sambung beliau lagi. Heejun hanya mendiamkan diri.
“Macam nil ah. Jisuh bagi tahu saya yang lelaki itu kenal awak. Siapa lelaki tu Heejun? Kawan? Boyfriend?” soal beliau.
“Dia...dia...”
“Hai...kalau awak tak boleh nak bagitahu, nampaknya tiada jalan lain. Saya terpaksa pecat awak. Saya minta maaf.”
“Datin! Tolong jangan datin! Tolong jangan pecat saya!” rayu Heejun. “Habis tu... bagi tahu saya, siapa lelaki tu.” Desak Puan Shim. Heejun tidak mahu keburukan abangnya terbogkar teapi dia juga tidak mahu dipecat. Tambahan lagi, ubat ibunya pada masa akan datang harus dibayar dan bukan lagi percuma.
“Heejun?”
“Datin.” Heejun berdiri. “Baiklah datin. Saya rela dipecat.” Katanya. Puan Shim terperanjat. “Awak sanggup Heejun? Demi lelaki tu? Zaman sekarang bukan senang untuk dapat kerja.” Saran beliau. “Saya minta maaf datin. Saya mahu diberhentikan. Saya pergi dulu.” Kata Heejun sambil menunduk hormat. Puan Shim hanya terpaku.
******

“Heejun, bagi tau lah aku, apa yang dah berlaku tadi. Datin Shim kata apa?” rayu Niri. Heejun mengesat air matanya lalu memberikan senyuman. “ Niri, aku minta berhenti.”
“Apa?!” Niri terperanjat. Tidak jauh dari situ, Jisuh mencuri dengar perbualan mereka. “Tapi kenapa? Habistu... macam mana...Heejun, takkan sebab kau nak pertahankan lelaki gila tu?!” kata Niri. Heejun sudah selesai mengemas barang-barangnya.
“Niri, aku pergi dulu ya. Kau kerja lah elok-elok.” kata Heejun lalu pergi dari situ. “Heejun!” panggil Niri. Jisuh hanya tersenyum. “Bagus! Kalau Heejun dah takde... aku pulak akan jadi perhatian Datin Shim!” bisik hatinya.
Sementara itu, Niri mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Puan Shim. Pintu pejabatnya tidak tertutup jadi, Niri masuk secara perlahan. “ Ya, Niri?”
“Kenapa datin pecat Heejun?” soal Niri. Puan Shim mengeluh. “Kalau kamu nak tahu, saya Cuma gertak dia saja. Saya Cuma nak tahu lelaki tu siapa. Tapi nampaknya, Heejun mempertahankan lelaki tu.” jelas Puan Shim. Niri terdiam.

TIDAK sampai beberapa minit Heejun mengayuh, tiba-tiba tayar basikalnya pancit menyebabkan dia terjatuh. “Alamak...” rintihnya. Tiba-tiba, sebuah kereta muncul di depannya. Heejun terperanjat. Cermn hitam kereta tersebut diturunkan kebawah. “Huh?! Awak?!” kata Heejun. Rupa-rupanya, itu Hwangjun.
“Nak tumpang?” pelawa Hwangjun. “Takpelah. Saya boleh panggil teksi. Macam mana awak boleh ada kat sini?” tanya Heejun. “Awak jatuh kat depan hotel saya.” balas Hwangjun. Heejun segera menolek ke belakang. Dia berasa malu. “Nak tumpang tak?” pelawa Hwangjun lagi. “Kan saya cakap, saya boleh naik teksi.” Kata Heejun. “Ok, suka hati awak. Driver, jalan.” arah Hwangjun. “Bawa perlahan-lahan ye.” Katanya lagi kepada driver tersebut secara perlahan.
Heejun mengeluh. “Kenapa slow sangat driver dia bawa?peliklah orang-orang kaya ni.” Katanya. Beberapa minit kemudian, sebuah teksi muncul. Heejun segera menahan. “Nak pergi mana cik?” pemandu teksi itu bertanya melalui tingkap. “Err...pak cik, boleh tak saya bawa basikal saya sekali? Tayar basikal saya pancit.” Heejun meminta kebenaran.
“Pergi cari teksi lainlah. Basikal awka tu bukannya kecil!” kata pak cik itu lalu pergi dari situ. “Sombonglah pakcik ni!” jerit Heejun. Dia menoleh pula kea rah kereta Hwangjun. Masih berjalan secara perlahan. Heejun tidak berputus asa. Dia tetap mahu menunggu teksi. Tetapi, dia terfikir tentang ibunya. “mak ni, entah dah makan ubat ke belum.” Katanya sendirian.
Tiba-tiba, kereta Hwangjun berundur ke belakang dan akhirnya berhenti betul-betul dihadapan Heejun. “Macam mana sekarang” tanya Hwangjun. Heejun mengeluh. “Ok lah. Tapi...tolong bawa basikal saya sekali.” Katanya. Hwangjun tersenyum. “Driver, tolong.”
“Baik tuan.” Driver tersebut membuka bonet kereta di belakang dan memasukkan basikal tersebut. “Terima kasih.” kata Heejun lalu masuk ke dalam kereta tersebut. Kini, dia berada betul-betul di sebelah Hwangjun.
Driver Hwangjun memulakan perjalanan. Mereka berdua senyap seketika di belakang. Sesekali, Heejun cuba juga memandang Hwangjun. Tetapu, apabia Hwangjun memandang Heejun semula, dia cepat-cepat menoleh ke hadapan menyebabkan Hwangjun tersenyum.
“Kenapa awak senyum? Ada niat jahat ke ni?!”kata Heejun. “Hish! Mana ada. Awak tu lah yang kelakar. Oh ya. Terima kasihlah sebab awak jumpa semula kad saya tuh. Kenapa tak pulangkan sendiri kat saya? Takut?”
“Wah! Buat apa saya nak takut dengan awak? Datin yang nak pulangkan sendiri lepas nampak kad tu!” jawab Heejun. “Sombing sangat lah tu, anak datin, boss aku!” bisik hati Heejun.
“Aku takkan lupa sampai bila-bila kau terbaling risalah atas kepala aku!” bisik hati Hwangjun pula. “Ehem! Er... awak tinggal kat mana? Jauh lagi ke rumah awak?” tanya Hwangjun.
“Takpelah. Nanti bila sampai kat selekoh depan sana tu, awak boleh berhenti.”
“Eh, biarlah saya hantar sampai depan rumah.”
“Tak nak lah!” kata Heejun. Hwangjun melihat jam tangannya. “Awal betul awak balik hari ni. Kenapa?” tanyanya. “Saya...saya berhenti kerja. Ah... pakcik, tolong berhenti kat sini.” Kata Heejun. “Baiklah.” Balas driver tersebut.
Heejun segera turun dari kereta setelah kereta tersebut diberhentikan. Dia mengambil basikalnya semula dari bonet. “Terima kasih.” Heejun menunduk hormat. Lalu dia pergi dari situ sambil mengiring basikalnya.
“Nak balik sekarang ke tuan?” tanya driver tersebut. “Nanti dulu. Jangan jalan lagi.”kata Hwangjun sambil memerhati Heejun. Setelah Heejun berjalan agak jauh, Hwangjun meminta drivernya mengekori Heejun.


BERSAMBUNG...
Produksi: SI corporation SDN.BHD
SEBARANG CETAKAN SEMULA ADALAH DIBENARKAN.
Srong Heart (강한 심장을) a.k.a Hee-jun (이승엽 희 준)


No comments:

Post a Comment