Friday, July 3, 2009

Strong Heart ep4


Hee-jun

Heejun segera turun dari kereta setelah kereta tersebut diberhentikan. Dia mengambil basikalnya semula dari bonet. “Terima kasih.” Heejun menunduk hormat. Lalu dia pergi dari situ sambil mengiring basikalnya.


“Nak balik sekarang ke tuan?” tanya driver tersebut. “Nanti dulu. Jangan jalan lagi.”kata Hwangjun sambil memerhati Heejun. Setelah Heejun berjalan agak jauh, Hwangjun meminta drivernya mengekori Heejun.
Pada masa itu, Heejun langsung tidak mengambil tahu hal sekelilingnay. Sebaliknya dia hanya termenung sambil berjalan mengiring basikalnya. Dia sedang memikirkan nasibnya yang agak malang.
“Heejun,awak tahu kan bagaimana reputasi supermarket kita jika ramai orang dapat tahu ada seorang lelaki gila datang menyerang. Mereka tentu akan takut untuk ke sini sebab takut di serang.” Kata-kata Puan Shim terimbas kembali.
“Tapi, kenapa? Habis tu...macam mana... Heejun, takkan sebab kau nak pertahankan lelaki gila tu?” Heejun teringat pula kata-kata Niri yang begitu kecewa apabila mengetahui dirinya sudah tidak mahu bekerja lagi di supermarket tersebut.
Heejun juga teringat bagaimana dia telah meminta Puan Shim untuk memberhentikannya. “Lelaki gila?” kata Heejun seorang diri, sebak. “Ah! Buat apa aku nak sedih! Baru susah sikit. Orang lain tentu ada yang lebih susah hidunya daripada aku. Kuat Heeju., kuat!” katanya lagi yang akhirnya tersenyum kembali.
Akhirnya dia sampai di rumah. Dia masih lagi tidak mengetahui bahawa Hwangjun mengkorinya. Alangkah terperanjatnya Hwnagjun apabila melihat kedaifan rumah Heejun. Kni baru dia tahu, sebenarnya Heejun susah. “Kenapa agaknya mak pecat dia ek? Takkan sebab dia nampak kad aku daripada Heejun. Ataupun, mak marah dapat tahu yang dia pakai baling je risalah sampai kena kepala aku?” kata Hwangjun.
“Macam mana sekarang tuan?” tanya driver tersebut. “Erk!” Hwangjun seperti baru tersedar dari lamunan. “Ada apa pakcik?” tanyanya.
“Macam mana sekarang?”
“Oo...oh... er..hantar saya pulang ye. Hantar saya pulang.” Arah Hwangjun.
“Mak, saya balik. Mak!” panggil Heejun sambil menutup pintu rumah. Panggilannya tidak dijawab. “Mak! Oo..mak!” panggilnya lagi. “Mana mak ni..?” Heejun segera pergi kebelakang rumah. Tetapi ibunya tidak berada disitu juga. “Pelik! Mana mak nih.”
Lantas Heejun segera pergi ke depan rumah lalu duduk di atas tanggga sambil memeluk tubuh untuk menunggu ibunya pulang. Reaksi mukanya jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar risau tentang bagaimana keadaan ibunya sekarang. “Mak ada mana ni mak. Cepat lah balik.” Katanya.


PUAN HA sedang berjalan sendirian di sebuah lorong terpencil dalam keadaan ketakutan. Dia berjalan agak laju dengan harapan dia tidak akan diapa-apakan oleh sesiapa kerana disekelilingnya terdapat banyak orang mabuk kerana arak dan dadah.
Tidak lama kemudian dia terkihat Munyong. Puan Ha segera mengumpul semangat untuk berjumpa dengannya. “Mak?” Munyong terperanjat juga kehairanan. “Jangat sebut perkataan tu depan aku!” kata Puan Ha menyebabkan Munyong terpaku.
“Ambik ni!” Puan Ha menghulurkan sesampul envelop kecil yang agak tebal, lebih kurang 2 inci. Minyong mengambil secara perlahan. “Kau dengar sini! Ini kali terakhir aku bagi kau duit! Lepas ni, tak payah kau nak kacau Heejun lagi! Faham!” kata Puan Ha. Munyong hanya mendiamkan diri.
“Aku tak kisah kau nak susahkan hidup aku, kau nak tolak aku ke, tending aku, aku tak kisah. Tapi kau jangan pernah, jangan pernah sentuh Heejun dan susahkan hidup dia! Aku juga dah tak larat nak tengok kau! Sebab kau sendiri yang pilih untuk jadi macam ni!” Puan Ha menangis lalu segera mengesat air matanya.
Munyong masih lagi mendiamkan diri. Dia juga tidak memandang ibunya itu. Puan Ha menarik nafas sedalamnya lalu pergi dari situ. Dia tidak boleh menahan sebak dan akhirnya menangis semula. Secara perlahan, Munyong berpaling kearah ibunya berjalan meninggalkannya dengan wajah yang sayu.


HWANGJUN keluar dari bilik selepas selesai mandi. Dia segera pergi ke dapur untuk makan sesuatu. “Eh, mak?” Hwangjun kehairanan melihat Puan Shim. “Awal mak balik hari ni. Kenapa?”
“Hmmh...mak rasa pening sikit. Tapi dah ok dah lepas makan panadol tadi. Jangan risau.” Kata Puan Shim.
Hwangjun duduk disebelah ibunya. “Mak, nak tanya sikit?”
“Tanyalah. Apa dia?”
“Mak ada pecat seseorang ke hari ni?”
“Aik? Mana kamu tahu?”
Hwangjun terdiam. “Bukan mak yang pecat pun. Dia yang sendiri yang nak berhenti. Kamu tahu tak siapa tu?”
“Tak” Hwangjun menipu. “Perempuan yang jumpa kad kamu tu la. Sayang betul dia berhenti. Dia tu rajin orangnya.” Jelas Puan Shim. “Kenapa dia minta berhenti mak?” tanya Hwangjun. “Entahlah. Tapi tengah hari tadi, ada seorang lelaki gila jerit-jerit panggil nama dia. Bila mak tanya siapa lelaki tu, dia tak nak jawab lepas tu dia terus letak jawantan,”
“Mak ada juga gertak dia yang mak akan pecat dia, tapi dia berkeras nak berhenti. Jadi, mak dah tak boleh nak buat apa lah.” Jelas Puan Shim lagi. “Siapa nama dia mak?” tanya Hwangjun. “Cha Hee-jun. Mak rasa dia ada masalah peribadi lah.” Kata Puan Shim.
Hwangjun mengeluh. “Mak, sebenarnya,saya dah kenal pun dia. Cuma nama je tak tahu.” Puan Shim tersentak. “Saya hantar dia pulang, tapi dia berhenti kat tengah jalan. Lepas tu, saya ekori dia. Baru saya tahu, dia hidup susah mak. Rumah dia kecil sangat. Nampak using.” Jelas Hwangjun.
Puan Shim mengeluh panjang. “Dia hidup susah ke? Serba salah mak. Selama ni, mak tak ambil kisah pun hal pekerja-pekerja mak. Hish...kesian Heejun. Apa patut mak buat ya?” kata beliau. “Senang je. Mak terima dia balik bekerja kat supermarket tu.” Kata Hwangjun.
“Tapi...macam mana dengan lelaki gila tu?” tanya Puan Shim. “Mak, rugi kalau mak buang dia. Mak sendiri yang kata dia paling rajin daripada semua pekerja mak yang lain kan?” kata Hwangjun, meyakinka ibunya. “Betul tu.” Kata Puan Shim. “Baik lah, mak akan bagi dia peluang kedua!” kata beliau lagi. Hwangjun tersenyum.


PENANTIAN Heejun akhirnya berakhir juga apabila melihat ibunya pulang juga. Dia segera mendapatkan ibunya. “Mak pergi mana tadi?” tanyanya. Puan Ha tidak emnjawab. Dia hanya tersenyum melihat Heejun lalu mengusap kepala anaknya itu.
“Mari kita masuk rumah, mak. Mak pasti penat.” Heejun membawa ibunya masuk ke dalam rumah lalu mereka duduk bersama di atas lantai. “Mak tak jawab lagi soalan Heejun. Mak pergi mana tadi?” tanya Heejun semula. “Mak saja ambil angin sekejap. Nak tenagkan fikiran mak. Kamu tak perlu risau.” Jelas Puan Ha.
“Mak dah makan ubat ke belum?” Puan Ha mengangguk. “Mak bawa dalam beg tangan ni ha. Kamu tak perlu risau lah. Mak tahu jaga diri amk. Kamu tu yang kena pandai jaga diri.” Kata Puan Ha.
“Mak tak boleh risaukan saya macam ni lagi. Mak tu sakit. Saya tak nak berpisah dengan mak!” kata Heejun. Puan Ha tersenyum lembut. Dia memeluk anaknya itu. “Tidak ada sesiapa pun yang akan memisahkan kamu daripada mak. Kamu jangan risau.” Katanya. Heejun menitiskan air mata. “Walau apa pun yang terjadi, mak akan selalu berada di sisi kamu, lindungi kamu semampu mak. Sebab kamu adalah satu-satunya permata mak yang paling berharga.” Kata Puan Ha lagi. Dia juga menitiskan air mata


JAM sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Hwangjun telah pun tidur lena tetapi tidak Puan Shim. Entah kenapa dia tidak dapat tidur pada malam itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengambil sebuah album lama di dalam sebuah cabinet kecil
Puan Shim duduk diatas katil dan membuka album tersebut secara perlahan. Ada gambar yang membuatkan dia tersenyum dan ada juga yang menyentuh hatinya, tiba-tiba dia terlihat foto kecil ibu mertuanya dahulu.

BERSAMBUNG...

Produksi: SI corporation SDN.BHD
SEBARANG CETAKAN SEMULA ADALAH DIBENARKAN.
Srong Heart (강한 심장을) a.k.a Hee-jun (이승엽 희 준)

No comments:

Post a Comment