Friday, July 3, 2009

Strong Heart ep4


Hee-jun

Heejun segera turun dari kereta setelah kereta tersebut diberhentikan. Dia mengambil basikalnya semula dari bonet. “Terima kasih.” Heejun menunduk hormat. Lalu dia pergi dari situ sambil mengiring basikalnya.


“Nak balik sekarang ke tuan?” tanya driver tersebut. “Nanti dulu. Jangan jalan lagi.”kata Hwangjun sambil memerhati Heejun. Setelah Heejun berjalan agak jauh, Hwangjun meminta drivernya mengekori Heejun.
Pada masa itu, Heejun langsung tidak mengambil tahu hal sekelilingnay. Sebaliknya dia hanya termenung sambil berjalan mengiring basikalnya. Dia sedang memikirkan nasibnya yang agak malang.
“Heejun,awak tahu kan bagaimana reputasi supermarket kita jika ramai orang dapat tahu ada seorang lelaki gila datang menyerang. Mereka tentu akan takut untuk ke sini sebab takut di serang.” Kata-kata Puan Shim terimbas kembali.
“Tapi, kenapa? Habis tu...macam mana... Heejun, takkan sebab kau nak pertahankan lelaki gila tu?” Heejun teringat pula kata-kata Niri yang begitu kecewa apabila mengetahui dirinya sudah tidak mahu bekerja lagi di supermarket tersebut.
Heejun juga teringat bagaimana dia telah meminta Puan Shim untuk memberhentikannya. “Lelaki gila?” kata Heejun seorang diri, sebak. “Ah! Buat apa aku nak sedih! Baru susah sikit. Orang lain tentu ada yang lebih susah hidunya daripada aku. Kuat Heeju., kuat!” katanya lagi yang akhirnya tersenyum kembali.
Akhirnya dia sampai di rumah. Dia masih lagi tidak mengetahui bahawa Hwangjun mengkorinya. Alangkah terperanjatnya Hwnagjun apabila melihat kedaifan rumah Heejun. Kni baru dia tahu, sebenarnya Heejun susah. “Kenapa agaknya mak pecat dia ek? Takkan sebab dia nampak kad aku daripada Heejun. Ataupun, mak marah dapat tahu yang dia pakai baling je risalah sampai kena kepala aku?” kata Hwangjun.
“Macam mana sekarang tuan?” tanya driver tersebut. “Erk!” Hwangjun seperti baru tersedar dari lamunan. “Ada apa pakcik?” tanyanya.
“Macam mana sekarang?”
“Oo...oh... er..hantar saya pulang ye. Hantar saya pulang.” Arah Hwangjun.
“Mak, saya balik. Mak!” panggil Heejun sambil menutup pintu rumah. Panggilannya tidak dijawab. “Mak! Oo..mak!” panggilnya lagi. “Mana mak ni..?” Heejun segera pergi kebelakang rumah. Tetapi ibunya tidak berada disitu juga. “Pelik! Mana mak nih.”
Lantas Heejun segera pergi ke depan rumah lalu duduk di atas tanggga sambil memeluk tubuh untuk menunggu ibunya pulang. Reaksi mukanya jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar risau tentang bagaimana keadaan ibunya sekarang. “Mak ada mana ni mak. Cepat lah balik.” Katanya.


PUAN HA sedang berjalan sendirian di sebuah lorong terpencil dalam keadaan ketakutan. Dia berjalan agak laju dengan harapan dia tidak akan diapa-apakan oleh sesiapa kerana disekelilingnya terdapat banyak orang mabuk kerana arak dan dadah.
Tidak lama kemudian dia terkihat Munyong. Puan Ha segera mengumpul semangat untuk berjumpa dengannya. “Mak?” Munyong terperanjat juga kehairanan. “Jangat sebut perkataan tu depan aku!” kata Puan Ha menyebabkan Munyong terpaku.
“Ambik ni!” Puan Ha menghulurkan sesampul envelop kecil yang agak tebal, lebih kurang 2 inci. Minyong mengambil secara perlahan. “Kau dengar sini! Ini kali terakhir aku bagi kau duit! Lepas ni, tak payah kau nak kacau Heejun lagi! Faham!” kata Puan Ha. Munyong hanya mendiamkan diri.
“Aku tak kisah kau nak susahkan hidup aku, kau nak tolak aku ke, tending aku, aku tak kisah. Tapi kau jangan pernah, jangan pernah sentuh Heejun dan susahkan hidup dia! Aku juga dah tak larat nak tengok kau! Sebab kau sendiri yang pilih untuk jadi macam ni!” Puan Ha menangis lalu segera mengesat air matanya.
Munyong masih lagi mendiamkan diri. Dia juga tidak memandang ibunya itu. Puan Ha menarik nafas sedalamnya lalu pergi dari situ. Dia tidak boleh menahan sebak dan akhirnya menangis semula. Secara perlahan, Munyong berpaling kearah ibunya berjalan meninggalkannya dengan wajah yang sayu.


HWANGJUN keluar dari bilik selepas selesai mandi. Dia segera pergi ke dapur untuk makan sesuatu. “Eh, mak?” Hwangjun kehairanan melihat Puan Shim. “Awal mak balik hari ni. Kenapa?”
“Hmmh...mak rasa pening sikit. Tapi dah ok dah lepas makan panadol tadi. Jangan risau.” Kata Puan Shim.
Hwangjun duduk disebelah ibunya. “Mak, nak tanya sikit?”
“Tanyalah. Apa dia?”
“Mak ada pecat seseorang ke hari ni?”
“Aik? Mana kamu tahu?”
Hwangjun terdiam. “Bukan mak yang pecat pun. Dia yang sendiri yang nak berhenti. Kamu tahu tak siapa tu?”
“Tak” Hwangjun menipu. “Perempuan yang jumpa kad kamu tu la. Sayang betul dia berhenti. Dia tu rajin orangnya.” Jelas Puan Shim. “Kenapa dia minta berhenti mak?” tanya Hwangjun. “Entahlah. Tapi tengah hari tadi, ada seorang lelaki gila jerit-jerit panggil nama dia. Bila mak tanya siapa lelaki tu, dia tak nak jawab lepas tu dia terus letak jawantan,”
“Mak ada juga gertak dia yang mak akan pecat dia, tapi dia berkeras nak berhenti. Jadi, mak dah tak boleh nak buat apa lah.” Jelas Puan Shim lagi. “Siapa nama dia mak?” tanya Hwangjun. “Cha Hee-jun. Mak rasa dia ada masalah peribadi lah.” Kata Puan Shim.
Hwangjun mengeluh. “Mak, sebenarnya,saya dah kenal pun dia. Cuma nama je tak tahu.” Puan Shim tersentak. “Saya hantar dia pulang, tapi dia berhenti kat tengah jalan. Lepas tu, saya ekori dia. Baru saya tahu, dia hidup susah mak. Rumah dia kecil sangat. Nampak using.” Jelas Hwangjun.
Puan Shim mengeluh panjang. “Dia hidup susah ke? Serba salah mak. Selama ni, mak tak ambil kisah pun hal pekerja-pekerja mak. Hish...kesian Heejun. Apa patut mak buat ya?” kata beliau. “Senang je. Mak terima dia balik bekerja kat supermarket tu.” Kata Hwangjun.
“Tapi...macam mana dengan lelaki gila tu?” tanya Puan Shim. “Mak, rugi kalau mak buang dia. Mak sendiri yang kata dia paling rajin daripada semua pekerja mak yang lain kan?” kata Hwangjun, meyakinka ibunya. “Betul tu.” Kata Puan Shim. “Baik lah, mak akan bagi dia peluang kedua!” kata beliau lagi. Hwangjun tersenyum.


PENANTIAN Heejun akhirnya berakhir juga apabila melihat ibunya pulang juga. Dia segera mendapatkan ibunya. “Mak pergi mana tadi?” tanyanya. Puan Ha tidak emnjawab. Dia hanya tersenyum melihat Heejun lalu mengusap kepala anaknya itu.
“Mari kita masuk rumah, mak. Mak pasti penat.” Heejun membawa ibunya masuk ke dalam rumah lalu mereka duduk bersama di atas lantai. “Mak tak jawab lagi soalan Heejun. Mak pergi mana tadi?” tanya Heejun semula. “Mak saja ambil angin sekejap. Nak tenagkan fikiran mak. Kamu tak perlu risau.” Jelas Puan Ha.
“Mak dah makan ubat ke belum?” Puan Ha mengangguk. “Mak bawa dalam beg tangan ni ha. Kamu tak perlu risau lah. Mak tahu jaga diri amk. Kamu tu yang kena pandai jaga diri.” Kata Puan Ha.
“Mak tak boleh risaukan saya macam ni lagi. Mak tu sakit. Saya tak nak berpisah dengan mak!” kata Heejun. Puan Ha tersenyum lembut. Dia memeluk anaknya itu. “Tidak ada sesiapa pun yang akan memisahkan kamu daripada mak. Kamu jangan risau.” Katanya. Heejun menitiskan air mata. “Walau apa pun yang terjadi, mak akan selalu berada di sisi kamu, lindungi kamu semampu mak. Sebab kamu adalah satu-satunya permata mak yang paling berharga.” Kata Puan Ha lagi. Dia juga menitiskan air mata


JAM sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Hwangjun telah pun tidur lena tetapi tidak Puan Shim. Entah kenapa dia tidak dapat tidur pada malam itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengambil sebuah album lama di dalam sebuah cabinet kecil
Puan Shim duduk diatas katil dan membuka album tersebut secara perlahan. Ada gambar yang membuatkan dia tersenyum dan ada juga yang menyentuh hatinya, tiba-tiba dia terlihat foto kecil ibu mertuanya dahulu.

BERSAMBUNG...

Produksi: SI corporation SDN.BHD
SEBARANG CETAKAN SEMULA ADALAH DIBENARKAN.
Srong Heart (강한 심장을) a.k.a Hee-jun (이승엽 희 준)

Strong Heart ep 3


Hee-jun

Heejun memandang lalu memegang tangan ibunya. “Tidak apa lah doctor. Kami balik dulu. Terima kasih ye.” kata Puan Ha. “Nanti dulu. Puan kena ambil ubat di kaunter hadapan.” Kata doctor tersebut.
“Ubat?”
“Maaf doctor, saya tiada wang lagipun, ubat-ubat tu pastinya mahal!” kata Heejun.
“Tidak boleh macam tu cik. Puan Ha harus diberi ubat sementara penyakitnya tidak serius.”
“Tapi kami tiada wang, doctor” kata Puan Ha.
“Err.. macam nil ah. Untuk pertama kali, saya bagi ubat-ubat tu percuma ya?” kata doctor tersebut. “Percuma? Biar betul doctor?” tanya Heejun.
“Ya, saya ikhlas. Tapi ingat, untuk kali ini sahaja.”
“Terima kasih ya doctor!” Heejun gembira.
“Ya, doctor. Terima kasih ya!” kata Puan Ha pula. Doctor tersebut hanya mengangguk sambil memberikan senyuman.

LEBIH kurang pukul 2.00 petang, Heejun kembali semula ke Supermarket tersebut. Semua pekerja disitu memandangnya membuatkan Heejun tidak berasa senang.
“Heejun! Mari sini kejap. Ada benda aku nak cerita ni!” panggil Niri.
“Ada apa?”
“Macam ni, masa kau keluar tadi, Jisuh ada pergi mengadu dekat Datin Shim tentang apa yang berlaku.”
“Maksud kau, orang yang menjerit panggil nama aku tu? Hal tu ke?” Heejun ketakutan nir mengangguk. Heejun terduduk dia atas kotak. “Habislah macam ni...kenapa Jisuh selalu tak senang dengan aku?!” rintihnya. Tiba-tiba Puan Shim muncul niri dan Heejun terperanjat.
“Heejun,tolong masuk ke pekjabat saya.” kata beliau. “B...baik datin.” balas Heejun. Sebaik sahaja Puan Shim pergi dari situ, Heehun dan Niri berpandangan antara satu sama lain.

TUK, tuk, tuk! Pintu pejabat Puan Shim diketuk. “Masuk Heejun!” arah beliau.. heejun masuk secara perlahan. “Duduk.” arah Puan Shim lagi. “Ada apa datin?” soal Heejun. “Saya dah tahu semuanya apa yang terjadi semasa saya keluar jumpa anak saya. Siapa lelaki tu?”
“Erk...” Heejun tersentak. “Lelaki tu..dia...” Heejun berasa takut untuk memberitahu hal yang sebenar. “Lelaki tu...dia...” Heejun.
“Heejun, awak tentu tahu kan bagaimana reputasi supermarket kita jika ramai orang dapat tahu ada seorang lelaki gila dating menyerang.” Kata-kata Puan Shim itu menyebabkan hati Heejun terguris. “Mereka pasti akan takut untuk datang ke sini sebab takut di serang. Siapa tahu kan?” sambung beliau lagi. Heejun hanya mendiamkan diri.
“Macam nil ah. Jisuh bagi tahu saya yang lelaki itu kenal awak. Siapa lelaki tu Heejun? Kawan? Boyfriend?” soal beliau.
“Dia...dia...”
“Hai...kalau awak tak boleh nak bagitahu, nampaknya tiada jalan lain. Saya terpaksa pecat awak. Saya minta maaf.”
“Datin! Tolong jangan datin! Tolong jangan pecat saya!” rayu Heejun. “Habis tu... bagi tahu saya, siapa lelaki tu.” Desak Puan Shim. Heejun tidak mahu keburukan abangnya terbogkar teapi dia juga tidak mahu dipecat. Tambahan lagi, ubat ibunya pada masa akan datang harus dibayar dan bukan lagi percuma.
“Heejun?”
“Datin.” Heejun berdiri. “Baiklah datin. Saya rela dipecat.” Katanya. Puan Shim terperanjat. “Awak sanggup Heejun? Demi lelaki tu? Zaman sekarang bukan senang untuk dapat kerja.” Saran beliau. “Saya minta maaf datin. Saya mahu diberhentikan. Saya pergi dulu.” Kata Heejun sambil menunduk hormat. Puan Shim hanya terpaku.
******

“Heejun, bagi tau lah aku, apa yang dah berlaku tadi. Datin Shim kata apa?” rayu Niri. Heejun mengesat air matanya lalu memberikan senyuman. “ Niri, aku minta berhenti.”
“Apa?!” Niri terperanjat. Tidak jauh dari situ, Jisuh mencuri dengar perbualan mereka. “Tapi kenapa? Habistu... macam mana...Heejun, takkan sebab kau nak pertahankan lelaki gila tu?!” kata Niri. Heejun sudah selesai mengemas barang-barangnya.
“Niri, aku pergi dulu ya. Kau kerja lah elok-elok.” kata Heejun lalu pergi dari situ. “Heejun!” panggil Niri. Jisuh hanya tersenyum. “Bagus! Kalau Heejun dah takde... aku pulak akan jadi perhatian Datin Shim!” bisik hatinya.
Sementara itu, Niri mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Puan Shim. Pintu pejabatnya tidak tertutup jadi, Niri masuk secara perlahan. “ Ya, Niri?”
“Kenapa datin pecat Heejun?” soal Niri. Puan Shim mengeluh. “Kalau kamu nak tahu, saya Cuma gertak dia saja. Saya Cuma nak tahu lelaki tu siapa. Tapi nampaknya, Heejun mempertahankan lelaki tu.” jelas Puan Shim. Niri terdiam.

TIDAK sampai beberapa minit Heejun mengayuh, tiba-tiba tayar basikalnya pancit menyebabkan dia terjatuh. “Alamak...” rintihnya. Tiba-tiba, sebuah kereta muncul di depannya. Heejun terperanjat. Cermn hitam kereta tersebut diturunkan kebawah. “Huh?! Awak?!” kata Heejun. Rupa-rupanya, itu Hwangjun.
“Nak tumpang?” pelawa Hwangjun. “Takpelah. Saya boleh panggil teksi. Macam mana awak boleh ada kat sini?” tanya Heejun. “Awak jatuh kat depan hotel saya.” balas Hwangjun. Heejun segera menolek ke belakang. Dia berasa malu. “Nak tumpang tak?” pelawa Hwangjun lagi. “Kan saya cakap, saya boleh naik teksi.” Kata Heejun. “Ok, suka hati awak. Driver, jalan.” arah Hwangjun. “Bawa perlahan-lahan ye.” Katanya lagi kepada driver tersebut secara perlahan.
Heejun mengeluh. “Kenapa slow sangat driver dia bawa?peliklah orang-orang kaya ni.” Katanya. Beberapa minit kemudian, sebuah teksi muncul. Heejun segera menahan. “Nak pergi mana cik?” pemandu teksi itu bertanya melalui tingkap. “Err...pak cik, boleh tak saya bawa basikal saya sekali? Tayar basikal saya pancit.” Heejun meminta kebenaran.
“Pergi cari teksi lainlah. Basikal awka tu bukannya kecil!” kata pak cik itu lalu pergi dari situ. “Sombonglah pakcik ni!” jerit Heejun. Dia menoleh pula kea rah kereta Hwangjun. Masih berjalan secara perlahan. Heejun tidak berputus asa. Dia tetap mahu menunggu teksi. Tetapi, dia terfikir tentang ibunya. “mak ni, entah dah makan ubat ke belum.” Katanya sendirian.
Tiba-tiba, kereta Hwangjun berundur ke belakang dan akhirnya berhenti betul-betul dihadapan Heejun. “Macam mana sekarang” tanya Hwangjun. Heejun mengeluh. “Ok lah. Tapi...tolong bawa basikal saya sekali.” Katanya. Hwangjun tersenyum. “Driver, tolong.”
“Baik tuan.” Driver tersebut membuka bonet kereta di belakang dan memasukkan basikal tersebut. “Terima kasih.” kata Heejun lalu masuk ke dalam kereta tersebut. Kini, dia berada betul-betul di sebelah Hwangjun.
Driver Hwangjun memulakan perjalanan. Mereka berdua senyap seketika di belakang. Sesekali, Heejun cuba juga memandang Hwangjun. Tetapu, apabia Hwangjun memandang Heejun semula, dia cepat-cepat menoleh ke hadapan menyebabkan Hwangjun tersenyum.
“Kenapa awak senyum? Ada niat jahat ke ni?!”kata Heejun. “Hish! Mana ada. Awak tu lah yang kelakar. Oh ya. Terima kasihlah sebab awak jumpa semula kad saya tuh. Kenapa tak pulangkan sendiri kat saya? Takut?”
“Wah! Buat apa saya nak takut dengan awak? Datin yang nak pulangkan sendiri lepas nampak kad tu!” jawab Heejun. “Sombing sangat lah tu, anak datin, boss aku!” bisik hati Heejun.
“Aku takkan lupa sampai bila-bila kau terbaling risalah atas kepala aku!” bisik hati Hwangjun pula. “Ehem! Er... awak tinggal kat mana? Jauh lagi ke rumah awak?” tanya Hwangjun.
“Takpelah. Nanti bila sampai kat selekoh depan sana tu, awak boleh berhenti.”
“Eh, biarlah saya hantar sampai depan rumah.”
“Tak nak lah!” kata Heejun. Hwangjun melihat jam tangannya. “Awal betul awak balik hari ni. Kenapa?” tanyanya. “Saya...saya berhenti kerja. Ah... pakcik, tolong berhenti kat sini.” Kata Heejun. “Baiklah.” Balas driver tersebut.
Heejun segera turun dari kereta setelah kereta tersebut diberhentikan. Dia mengambil basikalnya semula dari bonet. “Terima kasih.” Heejun menunduk hormat. Lalu dia pergi dari situ sambil mengiring basikalnya.
“Nak balik sekarang ke tuan?” tanya driver tersebut. “Nanti dulu. Jangan jalan lagi.”kata Hwangjun sambil memerhati Heejun. Setelah Heejun berjalan agak jauh, Hwangjun meminta drivernya mengekori Heejun.


BERSAMBUNG...
Produksi: SI corporation SDN.BHD
SEBARANG CETAKAN SEMULA ADALAH DIBENARKAN.
Srong Heart (강한 심장을) a.k.a Hee-jun (이승엽 희 준)


Strong Heart ep 2

Hee-jun

“Abang kamu telefon tadi!” jawab Puan Ha. “Abang? Dia nak apa? Nak duit lagi?” tanya Heejun. Puan Ha sebak. “Kenapa...kenapa mak melairakan anak macam dia. Dia tu anak tak guna!” Puan Ha duduk bersila. “Mak...jaganlah macam ni...bawabersabar ya mak.” Pujuk Heejun.
“Heejun. Boleh tak kamu janji dengan mak satu perkara?”
“Boleh. Tapi janji apa?”
“Kamu janji, walau apa pun yang terjadi. Apa pun; kamu tidak akan tinggalkan mak. Apa pun, ye?” Puan Ha menitiskan air mata. “Baiklah mak.” Heejun memegang tangan ibunya sambil tersenyum.
HWANG-JUN duduk di atas kerusi. Dia membuka suis komouter untuk menyambung membuat dokumen yang masih belum selesai. Tiba-tiba dia ternampak segulung risalah di sebelah computer tersebut. “Supermarket mana agaknya ni.” Dia membukanya secara perlahan. “Goods Superstore?” akhirnya dia tersenyum sendirian lalu meletakkan risalah tersebut di sebelah komputernya semula.
PAGI itu, Hotel City kelihatan verdiri dengan megah sekali. Begitulah apa yang dilihat oleh Hwangjun apabila sampai ke hotelnya. Keluar sahaja dia dari lif untuk ke pejabat, ada orang yang ditugaskan untuk memeriksa kad pengenalan kerja.
“Ah, selamat pagi tuan! Err...kad tuan?”
“Pagi. Sebentar ya...” Hwangjun mula tercari-cari dimana kadnya. Dia mula rasa cemas. Di dalam beg kerjanya juga tiada. “Tuan?” pekerja tersebut kehairanan. Hwangjun memandangnya dalam keadaan terkelu.


****

“Bosannya hari ni...dah takde barang yang perlu disusun dah ke...” Heejun duduk sambil menungkat dagunya di atas meja. “Oh ya!” tiba-tiba dia teringat sesuatu lalu terus mengeluarkannya dari beg tangannya. Itu adalah kad pengenalan kerja yang dia terjumpa kelmarin. “Agaknya...macam mana perasaan seorang pengurus besar yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik, tapi masuk pejabat tanpa kad kerja ni. Ha, ha!”
“Aik? Cakap sengsorang kau Heejun!” terjah Niri.
“Kau ni, nasib baik aku tak menjerit tadi.”
“Fuh...gambar siapa tuh?”
“Erk...ni?”
“Ehem!”
“Kau jangan salah sangka la Niri!” kata Heejun
“Err...oklah. aku taknak ganggu kau berangan. Ha, teruskanlah.”
“Ni-ri!”
Tiba-tiba Puan Shim masuk ke bilik tersebut heejun terperanjat. “Kenapa kamu menjerit?” soal beliau. “G...g...sa...saya.. maaf...bukan! saya minta maaf datin!” kata Heejun. Puan Shim tersenyum. “Aik, kad apa ada atas meja tu?” kata beliau sejurus terpandang kad tersebut.
“Kad? Err...” Heejun ketakutan. “Lee Hwang-jun?!” Puan Shim terperanjat. Heejun hanya membatukan dirinya. “Macam manakad anak saya boleh berada dengan awak? Heejun?” soal Puan Shim.
“Anak?!” teriak Heejun. “Alamak...matilah aku...!” bisik hatinya pula. “Aduh...macam mana la agaknya dia hari ni. Mesti malu besar.” keluh Puan Shim. “Saya minta maaf datin. Sebenarnya kad dia terjatuh petang kelmarin lepas tu...saya ambik la. Mana tau kalau boleh pulangkan hari ni.” kata Heejun.
“Hmmh...takpela. terima kasih ya Heejun sebab tolong ambilkan. Kalau hilang lagi susah. Takpelah, awak sambung kerja awak yang belum selesai, saya nak bagi kad ni pada anak saya kejap. Saya pergi dulu.”
“B...baik datin!” Heejun menunduk hormat. Sejurus sahaja Puan Shim keluar, Heejun mengeluh panjang.

****
“Haus...lapar!!” rintih Cha Mun-yong sejak pagi tadi. Dia berjalan terhuyung haying di kaki lima tanpa arah tuju. Semua orang takut untuk mendekatinya. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah supermarket tidak jauh dihadapannya. Dia berharap supaya ada yang akan memberinya makanan percuma. Dengan pakaian bercompang-camping serta muka temboknya dia masuk ke dalam.
“Niri, tolong ambil sekejap barang tu!”
Munyong tersentak. “Suara tu...tidak...aku masih belum lupa suara tu! Cha Hee-jun!!” teriaknya. Semua orang disitu terperanjat terutama Heejun. “Abang?” katanya perlahan. “Wei,... Cha Hee-jun, gangster mana yang kau berkawan ni?” kata Niri. Heejun tidak melayan soalan Niri sebaliknya dia di dalam keadaan ketakutan.
Munyong mula berasa malu apabila semua orang memandang kearahnaya. “Apa tengok-tengok?! Nak kena penumbuk?! Ketepi!” katanya lalu berlari keluar dari situ. Pada masa itu juga, Jisuh tersenyum. “Habis lah kau kali ni Heejun.” Katanya sinis. Pada masa itu juga, Heejun masih lagi terpaku.


PINTU pejabat Hwangjun di ketuk. “Masuk!” katanya. Puan Shim membuka pintu secara perlahan. “Bad mood hari ni?” perlinya sambil tersenyum. “Sikit...sebenarnya banyak!” jawab Hwangjun. Puan Shim tertawa lalu meletakkan kad tersebut di atas meja Hwangjun.
“Apa?! Mana mak jumpa?!” Hwangjun kehairanan.
“Bukan mak...pekerja mak yang jumpa.”
“Pekerja?!”
Puan Shim mengangguk. “Ni mesti perempuan tu!” kata Hwangjun perlahan.
“Apa?”
“Ah...takde apa-apa mak.” Hwangjun memberikan senyuman.
“Kamu mesti ucap terima kasih kat dia tau!” pesan Puan Shim.
“Tengoklah kalau saya jumpa dia dan kalau saya tak sibuk.” jawab Hwangjun. “Oklah, mak nak balik semula kat supermarket. Elok-elok lah kerja. Jangan hampakan mendiang ayah. Ingat!”
“Baik mak!” Puan Shim keluar dari pejabat tersebut. “Tak guna! Dia dah malukan aku hari ni! Kau mesti terima balasan! Tapi apa ek? Baik aku rancang siap-siap.” Kata Hwangjun sendirian.


HEEJUN sudah bersiap sedia menunggu di depan supermarket tersebut sambil bermundar-mandir. “Mana Puan Shim ni!” katanya. Beberapa minit kemudian, Puan Shim tiba. Beliau dihantar oleh driver. “Hee-jun? Kenapa duduk kat luar ni?” tanya beliau. “Datin, datin tolon datin. Tolong benarkan saya pulang sebentar je, lepas tu saya dating balik kat sini. Sebentar je datin, lepas tu saya dating balik kat sini. Sebentar je datin. Tolong...” rayu Heejun.
“Balik sebentar? Tapi kenapa? Apa yang urgent sangat?” soal Puan Shim lagi. “Datin, saya merayu! Sekejap.. je!” rayu Heejun. “Baiklah kalau macam tu. Tapi pastikan sekejap je. Saya bagi awak satu jam. Pergilah.”
“Ah,terima kasih datin! Terima kasih banyak-banyak!” kata Heejun sambil menggenggam tangan Puan Shim lalu berlari dari situ. Puan Shim hanya menggelengkan kepala. Dari jauh, Jisuh mengintai aksi Heejun bersama Puan Shim.
“Ehem! Skodeng apa nih?!” terjah Niri. “Ah! Sibuklah!” kata Jisuh lalu pergi dari situ sambil melagakan bahunya dengan bahu Niri. “Wah! Mengada-ngada pulak budak ni!” marah Niri.


****

“Mak! Mak!...Mak!!!!!” jerit Munyong di hadapan rumah. “Mak,buka pintu ni mak! Mak!” jeritnya lagi. Puan Ha segera membuka pintu. “Hei! Apa terjerit-jerit ni?” dah gila ke? Kalau orang sekeliling dengar, tak ke malu?!” marahnya.
“Kenapa mak tipu saya?! Mak kata, mak nak guna duit, nak tamping pembelajaran Heejun di university, padahal, Heejun dah kerja dah pun kat supermarket! Mak tipu saya!” marah Munyong. “Memang mak sengaja tipu kamu! Daripada kamu membazir, beli arak, dadah, baik mak menabung! Erani kamu jerit-jerit marah-marah mak! Anak derhaka!” Puan Ha menjadi bertambah marah.
Beberapa minit kemudian, Heejun muncul. Dia segera turun dari basikal. “Mak!” panggilnya. Munyong segera menoleh ke belakang, lantas dia maju. “Kau tipu aku! Tak guna!” marahnya lalu menolak Heejun hingga terjatuh. Heejun menjerit kesakitan. “Hei! Berani kau! Anak tak guna! Berambus kau dari rumah aku, berambus!” jerit Puan Ha.
“Memang aku nak pergi lah ni! Siapa yang nak tinggal dalam rumah buruk dan nak roboh ni! Boleh jahanam la engkau berdua!” jerit Munyong. Puan Ha suadah tidak boleh berrsabar lagi. Dia terus menampar dan menolak Munyong sekuat hatinya sambil menangis. “Tak guna! Berambus kau, berambus! Anak tak guna! Anak derhaka! Berambus!!”
“Tepilah perempuan tak guna!” Munyong menolak semula Puan Ha hingga terjatuh. “Mak!” Heejun segera mendapatkan ibunya. “Sampai hati abang!” marahnya sambil menangis. Tanpa membuang masa, Munyong terus terus berlari dari situ. Tetapi, sampai sahaja dia di into pagar, dia berhenti seketika lalu dia menoleh ke belakang. Kelihatan Heejun memeluk ibunya. Selepas itu, Munyong berlari hingga tidak kelihatan lagi di mata Heejun.
“Anak tak guna! Tak mengenang jasa!” kata Puan ha lemah. “Mak dah la tu mak.” rayu Heejun. Tiba-tiba Puan ha pengsan.“Mak? Mak!” Heejun cemas.“Mak bangun mak! Mak!” teriaknya lagi. “Abang! Abang! Tolong mak ni bang! Abang!” malangnya Munyong sudah berada jauh dari situ. “Mak! Mak!”


JISUH mengetuk pintu pejabat Puan Shim. “Masuk!” Puan Shim memandang kea rah Jisuh. Setelah pintu di tutup, Niri mula mencuri dengar.
“Ha, Jisuh ada apa?” soal Puan Shim.
“Datin, saya ada hal sikit nak cerita kat datin pasal hal yang berlaku masa datin keluar kejap tadi.” Kata Jisuh.
“Apa? Ada hal yang berlaku?” Puan Shim terkejut. “Ya, datin melibatkan Heejun sekali.” Adu Jisuh. Niri begitu terperanjat sekali atas tindakan Jisuh “Tak guna!” katanya.
“Patutlah dia terburu-buru nak keluar. Tapi, apa sebenarnya yang dah berlaku?” tanya Puan Shim. Jisuh tersenyum danbersedia untuk menceritakan kembali semuanya. Niri hanya berasa kecewa atas tindakan Jisuh terhadap Heejun.


PUAN HA sudah mula menyedarkan diri. “Mak, syukurlah!” Heejun berasa lega. “Mak pengsan ke?” soal Puan ha. Heejun mengangguk. “Takde apa-apa yang berlaku kan?” soal Puan ha lagi.
Belum sempat Heejun hendak menjawab, seorang doctor muncul. “Puan Ha, macam mana rasa sekarang ni? Sakit-sakit badan ke?” tanya doctor tersebut. “Masa saya hamper pengsan tadi, saya rasa sakit sangat kat dada.” Jawab Puan Ha. “Kenapa doctor?” tanya Heejun cemas.
“PuanHa, cik Heejun, harap bertenang ye. Kami telah melakukan pemeriksaan terhadap puan dan didapati, puan terkena serangan jantung ringan.” Jelas doctor tersebut. “Apa?” rintih Puan Ha. “Serius ke doctor penyakit ni?” tanya Heejun. “Puan tidak boleh menerima tekanan. Selain itu, pengambilan makanan juga harus di jaga.”
Heejun memandang lalu memegang tangan ibunya. “Tidak apa lah doctor. Kami balik dulu. Terima kasih ye.” kata Puan Ha. “Nanti dulu. Puan kena ambil ubat di kaunter hadapan.” Kata doctor tersebut.
“Ubat?”
“Maaf doctor, saya tiada wang lagipun, ubat-ubat tu pastinya mahal!” kata Heejun.

BERSAMBUNG...
Produksi: SI corporation SDN.BHD
SEBARANG CETAKAN SEMULA ADALAH DIBENARKAN.
Srong Heart (강한 심장을) a.k.a Hee-jun (이승엽 희 준)